Monday, 14 July 2014

SUPERBEST POWER-JUS SUNNAH QISYA........

Kandungan
  • Madu , Kurma, Delima, Habbatus Sauda, Buah Tin, Buah Zaitun, Zaffaran, Buah Prun, Mengkudu, Cuka Epal, Garam Bukit, Multivitamin, Air Zam - Zam, Dextrose Monohydrate & Bahan Penstabil Yang Dibenarkan
Khasiat Jus Sunnah Qisya
  • Mengawal dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis
  • Mencegah penyakit seperti angin ahmar , gastrik, ulser dan kaki pecah
  • Mencegah daripada keracunan, sembelit dan buasir
  • Mengeluarkan angin berlebihan dari badan dan memperbaiki sistem penhadaman
  • Mengurangkan lemah otot, radang dan gout
  • Menyuburkan dan memudahkan kehamilan
  • Kebaikan sesudah bersalin dan baik pulih sistem peranakan
  • Tumbesaran dan kecergasan kanak-kanak
  • Memberi tenaga dan kecergasan sepanjang hari
  • Menambah daya tumpuan
  • Memperkuatkan sistem imunisasi tubuh
  • Menghalang gangguan Jin / Makhluk Halus
TESTIMONI 1
SYAMSUL BAHRIN,UMUR 30,MUAR
Segala yang baik hanya dari Allah.Saya bersyukur ditemukan dengan Jus Qisya di saat saya menghadapi masalah kesihatan yang berlanjutan bertahun lamanya..Selalu letih dan lesu sepanjang hari.Saya telah pun mencuba bermacam-macam ubat dan minuman tambahan tetapi masalah saya masih sama sehinggalah saya diperkenal dengan produk terbaru ini oleh seorang kawan yang telah lama mengamalkan minum jus ini.Apabila umur semakin bertambah badan menjadi semakin lesu dan selalu malas dalam membuat kerja dan ingatan pun tidak lagi sekuat lalu,Alhumdulilah semenjak mengamalkan minum jus sunnah ini setiap pagi dan malam degan bacaan Bismillah dan Selawat Nabi dan dengan izin Allah makin lama saya semakin cergas dan tidak lesu lagi.
Selain dari memberi tenaga sepanjang hari,sistem imunisasi saya juga dapat diperbaiki dengan mengeluarkan angin berlebihan di dalam badan dan membaiki sistem penghadaman.Tiada lagi masalah sembelit yang sering saya hadapi selama ini.Jus ini juga boleh diberi kepada kanak-kanak dan amat sesuai untuk tumbesaran dan kecergasan mereka.Pelajaran anak saya kini juga mempunyai peningkatan dan sering mendapat tempat pertama di dalam kelas dan dapat menambah lagi daya tumpuannya.
Orang sekeliling pun nampak dan tegur perubahan saya yang nampak lebih ceria dan bertenaga.Berkat dari buah kurma,madu lebah,mengkudu dalam yang paling penting air Zam Zam yang diproses dalam jus ini beserta bahan-bahan lain telah memberi kekuatan luaran dan dalaman saya.

TESTIMONI 2:

K
Nur Akim Muhammad Isa bin Abdur Rahman, bayi yang baru 1bulan 22hari. Kami telah mencampurkan Jus Qisya ke dalam susunya.Hasilnya amat mengejutkan, dari segi IQ bayi, seawal umurnya sudah boleh memanggil neneknya dan dapat berkomunikasi dgn org.


TESTIMONI 3
PUAN RAUDZAH BT NOH@ MAT REJAB,USIA 35 TAHUN,KANGAR,PERLIS
Mula menggunakan Jus Qisya semenjak dari bulan Dis tahun 2013, setelah mengikuti kursus Seminar Rawatan Islam.Pada asalnya hanya ingin mencuba tetapi mendapat hasil yg positif setelah meminum Jus Qisya.Doktor telah men dignosis saya sebagai pengidap sakit SLE dari tahun 2007.Sakit sendi yg kronik menyerang saya terutama selepas Subuh.Hasil positif selepas seminggu minum Jus Qisya dan saya merasakan sakit di lutut pun dah berkurangan.
Selain dr minum Jus Qisya,saya juga telah mula mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang betul,badan menjadi lebih sihat dan bertenaga, berat badan juga mulai turun 5kg dari berat asal 85 kg.Kulit muka juga menjadi lebih anjal dan awet muda.

SUPERBEST POWER -LEMON TEA QUEEN FATIMAH....TERBAEK UTK WANITA......

Isi kandungan

  • Estrak Teh
  • Lemon
  • Collagen
  • Mint
  • Pegaga
  • Mas Cotek
  • Misai Kucing
  • Kacip Fatimah
  • Lobata
  • Serapat
  • Manjakani
Khasiat & Kebaikan
  • Melangsing
  • Meramping
  • Mengempis
  • Menganjal
  • Menegang
  • Merapat
  • Bertenaga
TESTIMONI
PN HALIJAH BT SELID. PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR
"Setelah saya menggunakan produk QUEEN FATIMAH PLUS COLLAGEN saya berasa lebih sihat, berat badan pun berkurangan, perut yang buncit telah menjadi kempis, anjal dan ramping, badan pun menjadi lebih bertenaga lagi..Paling mengejutkan saya telah monopus telah datang kembali period pada usia 61 tahun..

SUPERBEST POWER- SUSU KAMBING RM 29.90

Isi Kandungan
  • Aquamin
  • L-Lysine
  • Susu Kambing Asli
  • Susu Tanpa Lemak
  • Maltodextrin
  • Krimer Bukan Tenusu
Khasiat & Kebaikan
  • Tinggi kalsium, zat dan vitamin
  • Menurut kajian susu kambing lebih banyak khasiatnya
  • Mengandungi Aquamin F dan L-Lysine
  • Sesuai untuk osteoporosis
TESTIMONI
PUAN FARIDAH,USIA 30 TAHUN, KUALA LUMPUR.
"Saya mempunyai masalah kekurangan susu badan setelah menyusukan anak saya yang berusia 1 1/2 tahun, tetapi setelah menggunakan produk susu kambing GOAT POWER air susu telah menjadi bertambah banyak dan selain itu anak yang menyusu badan juga secara tidak langsungnya akan mendapat khasiat yang sama seperti saya, meningkatkan daya imunisasi badan anak saya.Tenaga saya juga bertambah dan hubungan intim dengan suami menjadi bertambah baik..

SUPERBEST POWER - KOPI CINTAKU UNTUK WANITA YG INGIN KAN KEJELITAAN.....


Isi Kandungan
  • Kopi Arabika
  • L-Glutathione
  • Astaxanthin
  • Kolagen
  • Aloe Vera
  • Serapat
  • Kacip Fatimah
  • Pegaga
  • Manjakani
  • Lobata
Khasiat & Kebaikan Bagi  Yang Mengalami Masalah Berikut
  • Kulit kusam & kering
  • Kulit gelap & tidak berseri
  • Masalah jerawat, jeragat & parut
  • Liang pari besar
  • Kedutan & garis halus
  • Keguguran rambut
  • Tumit kaki pecah & kasar
SESUAI UNTUK WANITA SAHAJA : KULIT, KUKU, RAMBUT, TULANG, SENDI, TENAGA, ANTI PENUAAN, ANTI OKSIDAN 
Testimoni

PN FARIDAH,USIA 40....
Mempunyai masalah alahan dan kekeringan kulit di tapak tangan dan tapak kaki menyebabkan kulit tapak tangan dan tapak kaki pecah, merekah, mengelupas dan akhirnya berdarah..Ini mungkin disebabkan faktor usia yg semakin meningkat dan hormon di dalam badan yang semakin berkurangan..Kelembapan kulit makin berkurang dan makin sensitif.Penyakit saya menjadi semakin serius sehinggalah saya telah mendengar satu segmen SUPERBEST POWER di corong radio yang menceritakan kelebihan produk CINTAKU yang lebih mengkhusus kepada wanita serta menjaga kecantikan kulit kerana bahan bahan antaranya yg mengandungi Kolagen.Pada asalnya saya hanya ingin mencuba dan saya juga merasakan tidak rugi kerana harganya amat berpatutan.
Perubahan mula saya sedari seawal penggunaan 2 kotak CINTAKU apabila kulit kaki dan kulit tapak tangan yg bermasalah tidak lagi mengelupas dan semakin lembut.Bila kulit tidak mengering lagi,tapak tangan pun tidak sakit dan berdarah lagi.Sakit semakin berkurangan dan saya perhatikan kulit muka tidak lagi kusam dan semakin berseri serta awet muda.kulit di seluruh badan menjadi lebih anjal lembap dan cantik.Rambut juga menjadi lebih hitam, lebat dan tidak mengering lagi.Saya berterima kasih sangat pada CINTAKU yang dapat mengembalikan keremajaan kulit saya di usia 40an ini.Tulang sendi yang selama ini menjadi masalah pada saya apabila melakukan kejer rumah yang berat tidak lagi membebankan saya sekarang ini.Saya mempunyai lebih tenaga dan tidak lagi lesu seperti sebelum ini.Sistem penghadaman menjadi lebih senang kerana produk adalah anti oksida. 








Friday, 11 July 2014

TESTIMONI DARI SEORG YG KENA PENYAKIT DARAH TINGGI- KOPI SUPERBEST POWER






“ Saya sudah lama menghidap penyakit darah tinggi, fibroid, kencing manis dan jantung. Selama 5 tahun saya bergantung pada ubat yang diberi oleh doktor. Saya terpaksa menelan ubat sebanyak 60 biji untuk 1 hari. 20 biji setiap kali. Setelah diperkenalkan kopi Superbestpower oleh kawan, segalanya mula berubah. Selepas minum kopi ini selama 2bulan, penyakit saya semakin berkurang dimana penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal.Dan saya tidak lagi menelan ubat, tetapi hanya mengamalkan minum kopi superbestpower ini setiap pagi dan petang. Begitu juga dengan suami saya yang pernah kemalangan jalan raya, dan berjalan menggunakan tongkat. Selepas mengamalkan minum kopi ini, badannya semakin sihat.”
RADZIAH 58 TAHUN, BUKIT SELAMBAU, KEDAH

TESTIMONI MENGALAMI PENYAKIT MISTERI- KOPI SUPERBEST POWER







" Saya yang bekerja sendiri telah mengalami sakit misteri, di mana perut saya buncit seperti busung dan tangan saya bengkak sebelah kanan serta tidak mampu untuk berjalan. Bermacam kaedah dan rawatan telah saya ambil di Hospital Lati, Hospital Besar Kota Bharu, HUSM Kubang Kerian dan juga HUKM Cheras namun masih belum pulih termasuklah sampai ke sebelah Thailand, namun tiada hasil. Pada suatu malam, saya di datangi oleh seorang pengarah urusan Superbest Power(M) Sdn Bhd, En. Kamal Mohd Nor, yang ingin saya mencuba produk beliau. Alhamdulillah, hari ke-5 saya mampu berjalan dan kini sudah mampu untuk berlari. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Superbest Power kerana telah merawat penyakit saya. "
CHE DAUD BIN CHE MAN - Kg. GUAL TOK DEH, RANTAU PANJANG KELANTAN

TESTIMONI KOPI SUPERBEST POWER











Saya bekerja sebagai seorang pengasuh kanak-kanak di rumah, saya mengalami masalah penyakit migrain selama 6 tahun, pada 13 Oct 2010 adik saya dari Kelantan membawa sepapan kopi pra campuran superbest power, yang pada masa itu saya tengah sakit migrain. Dia bancuh 2 paket kopi tersebut dan memberi saya minum. Alhamdulillah, setelah minum hampir 10 minit, sakit yang saya alami telah hilang dan sampai sekarang saya tidak sakit lagi. Sekarang, kopi pra campuran superbest power menjadi minuman harian saya. Terima kasih Superbest Power.
ZAMILAH BT ABD HAMID - BAYAN LEPAS, PULAU PINANG 

TESTIMONI PENGGUNA SUPERBEST POWER








Anak saya mengalami sawan sejak kecil, dari dilahirkan sehinggalah berumur 16 tahun. Bermacam rawatan telah diambil dan kos rawatan telah mencecah lebih dari RM 100,000.00. Setelah diperkenalkan kopi pra campuran superbest power, kini anak saya telah bebas dari penyakit sawan yg dialaminya serta mampu untuk membawa motorsikal. Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada superbest power kerana menyembuhkan anak saya. ( SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH S.W.T )
BADERUL HISHAM BIN ABDUL KADIR - DAMANSARA 

TESTIMONI DARI PENGGUNA SUPERBEST POWER


TESTIMONI

Saya berumur 44 tahun, dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya tidak datang haid selama 9 bulan, saya juga telah berjumpa dengan pakar dan di sahkan monopous. Terdengar yang Superbest Power mampu memulihkan masalah yang saya hadapi, saya telah pun membeli sepapan kopi pra campuran Superbest Power dengan stokis Rantau Panjang. Tidak sampai sebulan tiba-tiba haid saya datang semula. Alhamdulillah, saya sudah kembali normal, doktor pun terkejut tentang kejadian ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat Superbest Power kerana mencipta produk yang hebat ini.KAMARIAH BT ABDULLAH - RANTAU PANJANG 






Wednesday, 9 July 2014

KOPI SUPERBEST POWER - Azizah Banting Selangor


Harga Sekotak
Rm 27.90

Berminat utk Order
call 012-6102895



Mengenai Superbest Power

AROMA serbuk kopi yang diimport khas dari Brazil menerpa ke dalam rongga hidung kru Jurnal tatkala kami melangkah ke sebuah kilang pemprosesan kopi di Damansara Damai, Selangor.

Cuaca dingin pada petang Khamis lalu seakan-akan tepat pada masanya apabila kru Jurnal dihidangkan dengan secawan kopi kesihatan jenama Superbest Power.

Baunya sahaja sudah cukup membangkitkan rasa. Peluang merasai sendiri keenakan rasa kopi yang baru sahaja diadun di kilang tersebut tidak dilepaskan.

Segala-galanya dirasakan mencukupi baik dari segi rasa, warna dan teksturnya kerana kopi itu tidak perlu lagi ditambah susu atau gula.

Menurut Pengarah Urusan Superbest Power Health Food & Beverages Sdn. Bhd. (Superbest Power), Kamal Mohd. Nor, idea untuk menjadikan kopi sebagai produk utama syarikatnya diperoleh pada tahun 2007 ketika beliau berkhidmat di sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan barangan runcit.

"Sebelum ini, saya berkhidmat sebagai guru selama 11 tahun di sekitar Pahang. Bermula tahun 1998, saya berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjadi pembekal makanan sejuk beku di beberapa bandar di Pahang.

"Melihatkan perniagaan yang semakin meningkat, saya berhenti kerja sebagai guru bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan.

"Tetapi disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perniagaan itu tidak menjadi selepas lima tahun beroperasi berikutan kemunculan beberapa pasar raya di sekitar Bandar Pusat Jengka, Pahang yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Jelas Kamal, beliau dulunya bukanlah seorang penggemar kopi kerana beliau akan mengalami sakit perut serta pening kepala sekiranya minum minuman kafein tersebut.

"Ketika berkhidmat di syarikat jualan langsung, salah satu produk yang perlu dijual ialah kopi tetapi minuman itu gagal menepati cita rasa masyarakat.

Kopi Brazil

"Saya juga tidak boleh meminum kopi tersebut disebabkan rasanya yang pahit sehinggalah pemilik syarikat tersebut menawarkan peluang kepada saya untuk mendapatkan sebuah syarikat pengeluar kopi lain.

"Dari situ, saya mula melakukan kajian pasaran dan ternyata minuman kopi mempunyai penggemar yang ramai.

"Saya berazam untuk mengeluarkan kopi yang benar-benar menepati cita rasa setiap individu bagi syarikat jualan langsung terbabit dan menempah sebanyak 2,000 kotak kopi melalui sebuah syarikat pengeluar kopi.

"Tetapi pemilik syarikat jualan langsung itu mampu menampung kos bagi 1,000 kotak sahaja menyebabkan saya terpaksa menukar pembungkusan kopi itu menggunakan jenama sendiri," tambahnya yang sudah enam tahun berkecimpung dalam industri pembuatan kopi.

KAMAL kini boleh tersenyum bangga dengan pelbagai produk minuman kesihatan keluaran syarikatnya.

Menurut Kamal, kopi Arabika dari Brazil dipilih sebagai bahan utama di dalam produknya memandangkan kandungan asidnya yang rendah selain ditanam pada ketinggian 1,500 meter dari aras laut.

"Saya pernah terputus bekalan kopi dari Brazil selama sebulan disebabkan pembekal tiada stok tetapi saya tetap tidak mengambil kopi dari negara lain kerana mahu menjaga kualiti produk yang dihasilkan.

"Kualiti sangat diutamakan malah saya juga akan memastikan keenakan dan rasa kopi Superbest Power tidak berubah.

"Malah, setiap bancuhan kopi Superbest Power yang menjalani proses selama satu jam akan dicuba terlebih dulu bagi mengekalkan rasa kopi ini sebelum melalui proses seterusnya," jelasnya yang dibantu seramai 30 orang kakitangan.

Menurut Kamal, tidak seperti kebanyakan jenama kopi pracampuran lain di pasaran, kopi pracampuran Superbest Power menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) menggunakan kepakaran Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Larut air

"Kami menjalankan kajian secara saintifik bagi menghasilkan kopi yang boleh dinikmati sebagai minuman harian dan sesuai untuk semua peringkat umur.

"Produk minuman kopi ini turut diformulasi dengan kombinasi campuran pelbagai herba tradisional termasuk ekstrak tongkat ali, ubi jaga dan cendawan ganoderma yang diimport dari China," katanya.

Kamal memberitahu, kandungan herba tersebut akan diekstrak terlebih dulu secara kimia dan ditulenkan kerana proses berkenaan merupakan cara yang betul untuk memastikan khasiatnya dapat dikekalkan.

"Sebagai contoh, secara tradisional, tongkat ali perlu direbus terlebih dulu dan air rebusannya disimpan manakala hampasnya dibuang.

"Air rebusan tadi akan dibekukan sebelum diproses menjadi serbuk larut air.

"Selain dapat memberi rasa yang lebih berperisa, kaedah ini juga mampu mengekalkan kandungan bioaktif dalam herba tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal mendakwa, ada sesetengah syarikat pengeluar kopi mengekstrak tongkat ali dengan cara salah iaitu mengisar herba itu sehingga menjadi serbuk untuk dijadikan minuman bertenaga.

"Jika dikisar sehingga halus sekalipun, ia ibarat memasukkan habuk kayu ke dalam minuman. Hal ini boleh membahayakan kesihatan pengguna untuk jangka masa panjang," jelasnya panjang lebar.

Bertutur lanjut, Kamal memberitahu, herba larut air tersebut seterusnya akan diadun bersama serbuk kopi dan krimer bukan tenusu bagi menghasilkan minuman kopi bermutu tinggi.

"Krimer itu berasaskan minyak sawit. Minyak isirung sawit digunakan bagi menggantikan lemak susu agar pengguna yang alah kepada produk tenusu turut dapat menikmati keenakan kopi ini," katanya.

Sebati

Jelas Kamal, kopi keluaran syarikatnya itu diperkayakan dengan kandungan yang tidak memudaratkan kesihatan jika diminum dalam kuantiti yang banyak.

"Kebiasaannya, penggemar kopi agak takut untuk meminum kopi segera disebabkan kandungan gula yang tinggi.

"Namun, mereka tidak perlu bimbang jika meminum produk Superbest Power kerana ia tidak mengandungi gula.

"Seelok-eloknya ia diambil sebanyak tiga kali sehari iaitu waktu pagi, petang dan malam," katanya sambil memberitahu, kopi itu sesuai diambil oleh golongan lelaki dan wanita termasuk ibu mengandung.

Kamal memberitahu, berdasarkan pengalaman beberapa pengguna wanita, menikmati secawan kopi Superbest Power pada waktu pagi akan memberi tenaga berpanjangan dan melancarkan peredaran darah haid.

"Secara tradisi, air rebusantongkat ali dijadikan tonik bagi wanita selepas bersalin. Ia juga baik untuk melegakan sakit senggugut semasa datang bulan.

CAMPURAN kopi yang telah siap dicuba terlebih dulu bagi menjaga kualiti produk.

"Malah, ia amat mudah untuk disediakan sama ada menggunakan air panas atau sejuk," jelasnya sambil menambah peluang masih terbuka kepada mereka yang mahu menjadi pengedar kopi tersebut.

Katanya, pihaknya memperuntukkan jumlah pengeluaran kira-kira 60,000 kotak sebulan bagi memenuhi permintaan pengedaran di seluruh negara.

"Dalam sehari sahaja, kami berjaya memproses kira-kira 15,000 hingga 20,000 peket kopi pracampuran ini dengan menjalani proses adunan selama 10 kali dalam sehari menggunakan sebuah mesin pengadun yang diimport dari China.

"Sebanyak 300 kilogram bahan boleh diadun dalam sehari membabitkan proses selama sejam bagi memastikan campuran kopi dan bahan-bahan lain menjadi sebati," ujarnya yang mendapat bekalan kopi dari Brazil sebulan sekali dengan kualiti kopi yang boleh bertahan selama dua tahun.

Selain kopi Superbest Power, pihaknya turut mengeluarkan lima jenis produk lain iaitu Susu Kambing Goat Power, Queen Fatimah Plus Collagen, kopi pracampuran Cintaku dan yang terbaharu Jus Qisya.

Tambahnya, pihaknya merancang untuk mengeksport produk tersebut ke China dan Asia Barat serta menembusi pasaran Asia sebagai perancangan masa depan.